Awas !!!
Salam
Nampaknya negara kita semakin panas dengan perkembangan serangan selsema babi @ Influenza A H1N1. Sehingga 26 Jun 2009 terdapat 90 kes dari luar negara dan 15 kes jangkitan tempatan dan semuanya apabila dicampur dan didarab berjumlah 105 kes.
Bagaimanakah selsema babi @ Influenza A H1N1 ini merebak?
cara penyebarannya ialah melalui hubungan terus dengan individu yang telah dijangkiti melalui cecair bersin, batuk, kahak, hingus masuk ke dalam hidung, mata atau mulut. Juga melalui tangan ke mulut selepas bersentuhan terus dengan pesakit seperti bersalam.
Bagaimana untuk mencegah dari dijangkiti?
Sehingga kini masih belum ditemui vaksin yang mujarab untuk melindungi dari jangkitan selsema babi ini ( sehingga post ini ditulis ). Walau bagaimanapun kita disarankan mengamal langkah-langkah pencegahan seperti berikut ;
Tutup/lindung mulut dan hidung anda dengan tisu sewaktu bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakannya.
Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan.
Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini.
Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti.
(Sumber dari Pusat Maklumat Rakyat )
Maksud istilah yang perlu kita fahami
Endemik
Bermaksud hadir untuk jangka panjang, dalam jumlah kecil, dikawasan-kawasan tertentu.Epidemik
Bermaksud menjangkiti sekumpulan besar individu pada masa sama.Pandemik
Bermaksud tersebar secara meluas atau epidemi besar-besaran (global).Sumber Utusan Online
Akhir kata jumpa lagi.
Kepintaran #5
Visual/spatial
Kepintaran visual/spatial ialah keupayaan untuk mewujudkan gambaran mental dalaman.Berhubung dengan perkara-perkara seperti seni lukis, ilmu mengemudi arah, pembuatan peta dan seni bina. Mereka yang tinggi didalam kepintaran ini berkebolehan mencipta gambaran didalam minda dan melahirkannya didalam bentuk lukisan, ciptaan, gubahan dan sebagainya.
Rujuk kepada hasil kajian dan penyelidikan yang diketuai oleh Dr. Howard Gardner dan kumpulan pakar dari University Harvard pada tahun 1983 telah menghasilkan satu teori mengenai kepintaran seseorang iaitu Multiple intelligence dimana mereka telah merungkaikan 8 jenis kepintaran yang berpotensi dimiliki oleh semua orang.
Kepintaran #4
Kepintaran interpersonal merupakan keupayaan untuk berkerjasama didalam kumpulan serta kebolehan untuk berkomunikasi secara lisan dan bukan lisan dengan orang lain. Mereka ini pandai bekerjasama dengan orang lain serta bekerja secara berkumpulan. Mereka pandai berkongsi dan memahami pendapat serta perasaan orang lain.
Rujuk kepada hasil kajian dan penyelidikan yang diketuai oleh Dr. Howard Gardner dan kumpulan pakar dari University Harvard pada tahun 1983 telah menghasilkan satu teori mengenai kepintaran seseorang iaitu Multiple intelligence dimana mereka telah merungkaikan 8 jenis kepintaran yang berpotensi dimiliki oleh semua orang
Kepintaran #3
Intrepersonal
Kepintaran intrepersonal iaitu mengetahui tentang aspek-aspek dalam diri seperti perasaan, tindakbalas emosi meluas renungan diri dan kebolehan memahami realiti jiwa melalui gerak hati. Anak-anak yang kepintaran intrapersonalnya tinggi berkemungkinan bijak didalam memahami perasaan orang lain, memusatkan tumpuan serta memikirkan sesuatu dengan mendalam.
Rujuk kepada hasil kajian dan penyelidikan yang diketuai oleh Dr. Howard Gardner dan kumpulan pakar dari University Harvard pada tahun 1983 telah menghasilkan satu teori mengenai kepintaran seseorang iaitu Multiple intelligence dimana mereka telah merungkaikan 8 jenis kepintaran yang berpotensi dimiliki oleh semua orang.
Kepintaran #2
Logikal/ matematik
Kepintaran logical/matematik berkaitan dengan pemikran saintifik. Ia termasuk kebolehan untuk membuat kesimpulan dengan berfikir mengikut logic, angka dan mengenal corak abstrak. Anak-anak ini pandai mencari jawapan dengan berfikir secara logik, menganalisis dan menyelesaikan masalah matematik dan sains.
Rujuk kepada hasil kajian dan penyelidikan yang diketuai oleh Dr. Howard Gardner dan kumpulan pakar dari University Harvard pada tahun 1983 telah menghasilkan satu teori mengenai kepintaran seseorang iaitu Multiple intelligence dimana mereka telah merungkaikan 8 jenis kepintaran yang berpotensi dimiliki oleh semua orang.
Kepintaran #1
Verbal linguistic.
Kepintaran verbal atau linguistic memainkan peranan utama didalam penghasilan karya seperti sajak, lawak, bercerita dan penulisan. Mereka yang mempunyai kepintaran ini mungkin cemerlang dalam pembacaan, penulisan, percakapan dan perdebatan.
Rujuk kepada hasil kajian dan penyelidikan yang diketuai oleh Dr. Howard Gardner dan kumpulan pakar dari University Harvard pada tahun 1983 telah menghasilkan satu teori mengenai kepintaran seseorang iaitu Multiple intelligence dimana mereka telah merungkaikan 8 jenis kepintaran yang berpotensi dimiliki oleh semua orang
ada apa dengan nombor?
Tahukah anda, jika anda seorang pelajar yang sering mengggunakan muzik sebagai bunyian latarbelakang semasa study, ada baiknya anda tukarkan bunyian itu kepada bunyian yang menggunakan tempo 60 bit seminit kerana ia akan merehatkan otak anda. tempo 60 bit adalah bersamaan dengan purata kadar dengupan jantung semasa rehat.Kajian menunjukkan bahawa irama muzik dapat menurunkan denyutan dan tekanan darah. Muzik juga akan membuat gelombang otak perlahan dan otot-otot juga didalam keadaan rehat.
Ada apa dengan nombor 60 bit?
Bagaimana menarik minat pelajar terhadap matematik?
salam
Bagaimana hendak menarik minat pelajar terhadap subjek matematik?
Dibawah adalah beberapa tips yang dikumpul hasil daripada brainstorming dengan kengkawan.
1.Setkan minda mereka
Ya cuba setkan minded mereka dengan menyatakan bahawa antara banyak subjek didalam peperiksaan, subjek matematiklah yang paling mudah dan subjek matematiklah yang paling senang mendapat A kerana,
a. Subjek matematik tidak perlu menghafal berbagai fakta dan tarikh. Apa yang penting kita haruslah memahami langkah-langkah penyelesaiannya. Untuk menguasai langkah penyelesaian haruslah membuat latihan setiap hari.
b. Subjek matematik digunakan saban hari didalam kehidupan kita secara sedar atau tidak kita mempraktikkannya setiap hari. Jadi kita telah dididik memahami matematik sejak dahulu lagi tak percaya ingat kembali bagaimana kita membeli gula-gula dikedai. Berapa sen yang diberi dan berapa biji kta dapat memiliki gula-gula tersebut. Bukankah ini merupakan matematik.
c. Subjek matematik tidak memerlukan nota yang berjela, cukup sekadar mencatat formula dan jalan penyelesaian. Yang penting latihan, latihan dan latihan.
2.Ajarkan formula dan teknik yang kreatif
Untuk menanam minat terhadap matematik ajarlah pelajar kita formula atau teknik-teknik penyelesaian yang kreatif. Semestinya mereka amat menyukai teknik-teknik penyelesaian menggunakan teknik yang kreatif. Labih-labih lagi apabila mereka dapat menguasai teknik tersebut pasti akan ditayangkan dihadapan teman-teman mereka. Maklumlah pakar matematik katakan. Semasa saya dibangku sekolah dahulu saya sering berlawan dengan kawan-kawan yang berkaitan dengan matematik. Semasa inilah masing-masing menunjukkan skill yang dipelajari dari ibubapa, abang atau sesiapa sahaja. Siapa yang paling pantas menyelesaikan masalah sifir. Yang pantas akan tersenyum bangga dan yang pasti selepas itu akan menjadi guru untuk mengajar teknik tersebut kepada rakan-rakan.
3. Latih mereka sejak diperingkat rendah lagi
Sebenarnya inilah langkah yang paling utama perlu dilakukan. Untuk memberi mereka minat mempelajari matematik kuatkan asas mereka kerana tanpa asas matematik yang kukuh mereka pasti akan kecundang apabila meningkat dewasa kelak. Malah akan bertambah sukar apabila mempelajari tahap yang semakin tinggi. Percayalah kukuhkan asas mereka sekukuh-kukuhnya dan hasilnya kelak pasti tidak akan mengecewakan.
4. Beri Pujian dan Ganjaran
Semua orang suka dipuji lebih-lebih lagi apabila disertakan dengan sedikit ganjaran.Ganjaran yang diberi boleh juga diangap sebagai satu motivasi. Apakah ganjaran yang sesuai diberikan? Sebenarnya terdapatp pelbagai bentuk ganjaran boleh diberikan seperti hadiah, puji-pujian dan sebagainya. Yang penting ganjaran bukan sahaja diberikan terhadap pencapaian yang diperolehi tetapi juga terhadap usaha yang diberikan.Jadi mulai hari ini cuba memberi sesuatu sebagai satu ganjaran dan pasti pemberian anda itu amat dihargai meskipun sebiji gula-gula.
Kesimpulannya berikan mereka gambaran bahawa matematik amat mudah dan amat seronok untuk mempelajarinya. Pelajar yang menyukai matematik mereka akan lebih cepat menyuasai subjek yang lain. Matematik selalunya dikaitkan dengan kepintaran seseorang. Anda pantas menyelesaikan masalah matematik pasti anda dianggap seorang yang bijak dikalangan rakan-rakan anda. Bagaimana untuk memiliki kepantasan ini? MUDAH anda hanya perlu menguasai teknik-teknik kreatif. didalam matematik.
ps: Terbaru dari kami. Lawati SIFIR MASTER . Satu gabungan teknik-teknik kreatif langkah demi langkah untuk memudahkan pemahaman sehinggakan pelajar tahun 3 pun mampu menguasainya. Lihat testimoni dari pelajar yang telah menghadiri bengkel Matematik Kreatif. SIFIR MASTER Teknik Kira Pantas & Tepat.
ada apa dengan nombor?
Tahukah anda bahawa kajian menunjukkan sebagai manusia normal anda akan LUPA sebanyak 80% daripada apa yang telah dibaca hanya didalam masa 24 jam.Jadi untuk mengurangkan atau meminimakan atau menghalang 80% itu daripada hilang cuba buat revision sebelum tamatnya masa 24 jam anda.
Ada apa dengan number 80% dan 24 jam?
ada apa dengan nombor ?
Salam
Selepas ini satu segmen baru akan muncul didalam blog teman pembimbing anda ini. Ia adalah hasil tulisan salah seorang teman didalam team bijakstudy iaitu Hani ( sekarang berada di Labuan ). Segmen ada apa dengan nombor akan memaparkan info-info mengenai keindahan, keajaiban dan keagungan dari Yang Maha Esa mengenai dunia disekeliling kita yang tidak dapat lari dari menggunakan nombor untuk menghurai dan menerangkan fakta dan rahsia alam. Jadi info-info ini diharap dapat membantu kita memahami dengan lebih mendalam mengenai perkara-perkara yang kadangkala kita memandang sebelah mata sahaja sedangkan ada sesetengah individu menganggap ia adalah satu keajaiban. Contohnya seperti 123456789 X 9 + 10 = 1111111111 atau 111111111 X 111111111 = 12345678987654321. Menarik bukan?
Kami juga suka mengwar-warkan bahawa Penulis Buku dan VCD Matematik Kreatif akan melancarkan sebuah lagi produknya yang hebat ( 2 tahun proses pembikinannya ) pada bulan Mei ini. Beliau telah menyiapkan satu lagi kaedah Teknik-Teknik Matematik Kreatif yang sungguh hebat dan amat berguna untuk semua pelajar.Jika anda ingin memastikan anak-anak anda cemerlang didalam Subjek Matematik tunggu dan dapatkanlah hasil tulisan En.Azizan Othman ini.
Siapa Azizan Othman ( Rahsia Pakar Teknik Matemaik Kreatif )? Ini sedikit info mengenai beliau.
Azizan bin Haji Othman merupakan seorang lulusan dari Universiti Teknologi Mara didalam jurusan Kejuruteraan Elektronik Perhubungan. Pernah berkhidmat sebagai Juruteknik Kanan dibeberapa syarikat swasta. Mempunyai kemahiran didalam bidang teknologi perhubungan dan juga didalam bidang IT.
Beliau amat meminati subjek matematik dan sering mengkaji mengenainya. Atas semangat kecintaan mendalam terhadap nombor dan angka maka beliau membina dan mencipta beberapa teknik kreatif matematik khusus untuk pelajar rendah menguasai dan menyelesaikan sifir dengan pantas dan tepat.Beliau juga sering menganjurkan seminar mengenai matematik kretif dikawasan utara dan juga sering mengadakan roadshow di ekspo-ekspo usahawan.Beliau kini merupakan seorang Pengarah Urusan di Azif Consultancy yang beroperasi di Kulim, Kedah. Berwawasan tinggi mengenai perkembangan pendidikan di tanahair dan beliau amat menitikberatkan kejayaan anak bangsa. Atas kesedaran dan iltizam yang tinggi beliau telah menzahirkan teknik-teknik kreatif ini didalam Buku Matematik Kreatif serta didalam bentuk VCD agar semua pelajar dapat memahami dan menguasai teknik kreatif ini dengan mudah.
Semoga dengan kelahiran Buku dan VCD Matematik Kreatif ini dapat membantu para pelajar mencapai kejayaan yang cemerlang didalam subjek matematik seterusnya melahirkan ramai pelajar-pelajar yang bijaksana didalam pelbagai bidang.
Jadi perhatian untuk ibu dan bapa yang ingin melihat kejayaan anaknya didalam Subjek Matematik, inilah rahsia yang anda tidak boleh anda lepaskan. Tunggu hebahan seterusnya.

