Syukur!

Salam
Kami kembali lagi. Syukur kerana masih lagi diberi kesempatan untuk menguruskan website dan blog bijakstudy ini. Selama kurang lebih hampir 5 bulan menyepi, ini merupakan post terbaru saya untuk tatapan anda. Kami menyepi bukanlah disebabkan oleh kehabisan idea atau malas untuk meneruskan perkongsian di bijakstudy ini tetapi kami sebenarnya bertungkus lumus menyiapkan beberapa projek untuk tahun 2010 ini.

Mengapa mengambil masa yang agak lama?
Hampir 5 bulan agak lama juga kan…tetapi itulah hakikatnya apabila perancangan tahun lepas di carry forward ke tahun ini.Jadi bertimbun lah kerja-kerja yang perlu diselesaikan satu per satu. Termasuklah juga tuntutan tetap kerja lagilah menambahkan bebanan. Moralnye ” keje ikut jadual. Jadual berdasarkan perancangan. Perancangan ditetapkan semasa mesyuarat. Mesyuarat ikut plan untuk sepanjang tahun “. Jadi kite akan….senang. ['',]

Dalam sibuk-sibuk ni,sempat juga saya attend beberapa kursus untuk pembangunan diri. Salah satu yang saya ingin konsikan atau share ialah Kursus Anjuran Excel Training & Consultan yang disampaikan oleh Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah. Siapa tak kenal pakar motivasi ini yang terkenal dengan sikap selamba dan bersemangat semasa menyampaikan ceramah.

“Best”  itu yang dapat saya simpulkan apabila kursus Mengangkasa Ibubapa Sebagai Motivator ini selesai. Rasanya macam masa berlalu terlalu cepat dan tidak terasa kerana penyampaian Dato’ Dr. Hj. Fadzilah memang menarik dengan info-info, nasihat dan panduan berguna yang selama ini kita tidak tahu ( ada sesetengah tu tahu tetapi buat-buat tak tahu…alahai diriku ) dikupas dengan begitu baik sekali ditambah dengan jenaka spontan yang tak kering gusi dibuatnya.

Rasanya tak berbaloi dengan harga yang dikenakan RM50 seorang (termasuk nota ringkas dan minum petang). Ada diskaun lagi untuk yang berdaftar berkumpulan kerana harga yang patut dikenakan koman-koman pun RM150 ikut rate semasa. Rugi ler jika anda yang berkesempatan untuk datang tidak mengambil peluang ini. Untuk anda yang berminat boleh layari laman web ini www.excel-training.com.my bagi mengetahui lokasi seterusnya kursus ini. 

Apabila saya attend sesuatu kursus,preview,demo,biztalk or whatever yang berkaitan samada business,motivasi,skill dan sebagainya, saya mesti akan memerhati bagaimana penganjur dan penceramah tersebut handle acara mereka. Bermula dari sesi registration sehingga selesai majlis, ada perkara yang menarik pasti akan saya catat dalam note book yang sentiasa ada dalam handbag. Saya bukan catat benda-benda yang kurang menarik atau kecacatan majlis tetapi idea-idea pihak penganjur yang something interesting and different untuk mereka menerangkan dan menarik minat audience. Tak terkecuali semasa di kursus ini. Ok nanti idea apa yang saya catat akan saya share di post-post yang akan datang insyaallah.

Apa yang saya ingin share disini antara maklumat berguna yang sempat saya catatkan semasa kursus tersebut ialah tahap pendidikan anak-anak. Pernahkah anda terfikir bahawa mendidik anak-anak itu perlu melalui 4 tahap didikan sehingga mereka mencecah usia 21 tahun. Mungkin selama ini kita tidak pernah terfikir atau tersedar dan mngkin juga kita melakukannya cuma tidak kita labelkan sebagai panduan.Bila kita mempelajari barulah tersedar ohh! macam ni caranya atau ehh! aku memang buat macam tu. Inilah yang berlaku kepada saya dan kebanyakkan dari audience yang datang. Dan pesan Dato’, “yang lepas tu lepaslah nak buat macamana, yang akan datang ni buat betul-betul,ikut betul-betul kerana silap mendidik anak-anak 7 keturunan akan merana”. Katanya lagi “Seorang doktor membuat silap seorang pesakit akan mati, tetapi ibu atau bapa yang buat silap 7 keturunan akan menerima akibatnya nanti”.Masyaallah! Jadi hati-hatilah mendidik anak-anak kita (anda?).

Menurut Dato’ Dr. Hj. Fadzilah terdapat 4 tahap mendidik anak-anak. Tahap yang dimaksudkan dalam ertikata sebenar ialah usia anak-anak membesar. Bagaimanakah pendekatan yang harus kita ambil mengikut tahap penerimaan sejajar dengan usia mereka. Mungkin selama ini cara kita mendekati mereka dalam usaha mendidik mungkin ( ?? ) boleh dikatakan secara liner sahaja malah saat yang lebih kritikal apabila kita cuma mengikut arus sahaja ( berserah ?? ). Info yang saya pelajari inilah membuka minda bagaimana kita perlu sesuaikan strategi untuk mendidik mereka.

Tahap yang diterangkan oleh Dato’ Dr. Hj. Fadzilah Kamsah ( beliau menyarankan memanggilnya Haji kerana perkataan Haji boleh menyedarkan siapa beliau…ha ha tak kan seorang Pak Aji nak buat perkara yang memalukan betul tak ) dalam usaha mendidik anak-anak terbahagi kepada 4 iaitu,

    > Didiklah secara bergurau untuk anak-anak yang berumur dari 1 tahun hingga 7 tahun.
    > Didiklah anak-anak melalui disiplin dan tunjuk ajar bagi anak-anak yang berumur 8 tahun hingga 14 tahun.
    > Didiklah secara berkawan bagi anak-anak yang berumur 15 tahun hingga 21 tahun.
    > Beri mereka kebebasan untuk membuat keputusan dan tindakan bagi anak-anak yang mencecah usia 21 tahun keatas.

Sebenarnya banyak lagi maklumat yang amat berguna disampaikan semasa didalam kursus tersebut. Banyak lagi kaedah-kaedah yang perlu kita pelajari dalam usaha mendidik anak-anak. Perkara pertama yang perlu berubah ialah ibu bapa sendiri kerana merekalah yang memegang kompas dan haluan dalam menempuh ombak cabaran. Jika kita tidak tahu membaca dan menggunakan kompas ditambah pula kompas itu sendiri yang rosak agak-agak anda kemana destinasi kita akan tercampak. Di Tanjung Harapan atau di Pulau Tiada Pengharapan?
Ok kita stop dulu kat sini, insyaallah jumpa lagi di post akan datang.

Hani : Jika tuan puan inginkan Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 untuk Peperiksaan UPSR,PMR dan SPM boleh dapatkan disini. KERTAS PERCUBAAN MATEMATIK.

 

May 11, 2010 • Posted in: Share, catatan, study

2 Responses to “Syukur!”

  1. Kamal - May 20, 2010

    Salam
    Nak tanya bila buku sifir master bole dapat?.tq

  2. admin - May 27, 2010

    Insyaallah dalam masa terdekat..akan kami maklumkan nanti.

Leave a Reply