Selamat Hari Guru untuk semua!
Salam
Cuti penggal sekolah makin dekat dan kebanyakkan sekolah masih lagi dalam minggu peperiksaan dan ada juga yang telah selesai. Begitu juga ada sekolah yang belum menyambut hari guru mungkin sebelum cuti penggal ni akan mengadakan majlis hari guru. Apa pun selamat hari guru dari kami di bijaksudy.com . Maaf sebab terlewat nak ucapkan disini.
Petikan kata indah :
“Semaikanlah satu fikiran dan anda akan menuai satu tindakan. Semaikanlah satu tindakan dan anda akan menuai satu tabiat. Semaikanlah satu tabiat dan anda akan menuai satu watak. Semaikanlah satu watak dan anda akan menuai satu takdir “. ( R.W. Emerson )
hafizabuzar: Bagi adik-adik yang bakal menghadapi peperiksaan besar seperti UPSR, PMR dan SPM, masa cuti penggal bukanlah masa untuk berehat tetapi masa untuk anda susun semula strategi untuk menghadapi peperiksaan yang bakal dihadapi nanti. Musim cuti ini banyak bengkel dan seminar untuk menghadapi peperiksaan atau teknik menjawab peperiksaan diadakan. Jika tidak keberatan ambil peluang dengan menghadiri bengkel atau seminar seumpama ini kerana setidak-tidaknya ia membuka minda kita dengan mempelajari teknik-teknik baru yang adakalanya tidak diajar disekolah. Ulangkaji pelajaran janganlah dilupakan terus, adalah berfaedah untuk anda cuba membuat soalan-soalan tahun lepas atau soalan-soalan percubaan agar anda biasa dengan soalan yang bakal dijawab nanti.
Kami juga menyediakan Soalan Ramalan 2010 untuk Subjek Matematik. Maklumat lanjut anda boleh lawati di SINI.



Leave a Reply