Awas !!!
Salam
Nampaknya negara kita semakin panas dengan perkembangan serangan selsema babi @ Influenza A H1N1. Sehingga 26 Jun 2009 terdapat 90 kes dari luar negara dan 15 kes jangkitan tempatan dan semuanya apabila dicampur dan didarab berjumlah 105 kes.
Bagaimanakah selsema babi @ Influenza A H1N1 ini merebak?
cara penyebarannya ialah melalui hubungan terus dengan individu yang telah dijangkiti melalui cecair bersin, batuk, kahak, hingus masuk ke dalam hidung, mata atau mulut. Juga melalui tangan ke mulut selepas bersentuhan terus dengan pesakit seperti bersalam.
Bagaimana untuk mencegah dari dijangkiti?
Sehingga kini masih belum ditemui vaksin yang mujarab untuk melindungi dari jangkitan selsema babi ini ( sehingga post ini ditulis ). Walau bagaimanapun kita disarankan mengamal langkah-langkah pencegahan seperti berikut ;
Tutup/lindung mulut dan hidung anda dengan tisu sewaktu bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakannya.
Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan.
Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini.
Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti.
(Sumber dari Pusat Maklumat Rakyat )
Maksud istilah yang perlu kita fahami
Endemik
Bermaksud hadir untuk jangka panjang, dalam jumlah kecil, dikawasan-kawasan tertentu.Epidemik
Bermaksud menjangkiti sekumpulan besar individu pada masa sama.Pandemik
Bermaksud tersebar secara meluas atau epidemi besar-besaran (global).Sumber Utusan Online
Akhir kata jumpa lagi.



Leave a Reply