Kepintaran #5

Visual/spatial
Kepintaran visual/spatial ialah keupayaan untuk mewujudkan gambaran mental dalaman.Berhubung dengan perkara-perkara seperti seni lukis, ilmu mengemudi arah, pembuatan peta dan seni bina. Mereka yang tinggi didalam kepintaran ini berkebolehan mencipta gambaran didalam minda dan melahirkannya didalam bentuk lukisan, ciptaan, gubahan dan sebagainya.

Rujuk kepada hasil kajian dan penyelidikan yang diketuai oleh Dr. Howard Gardner dan kumpulan pakar dari University Harvard pada tahun 1983 telah menghasilkan satu teori mengenai kepintaran seseorang iaitu Multiple intelligence dimana mereka telah merungkaikan 8 jenis kepintaran yang berpotensi dimiliki oleh semua orang.

June 23, 2009 • Tags: , , , • Posted in: Share • No Comments

Kepintaran #4

Kepintaran interpersonal merupakan keupayaan untuk berkerjasama didalam kumpulan serta kebolehan untuk berkomunikasi secara lisan dan bukan lisan dengan orang lain. Mereka  ini pandai bekerjasama dengan orang lain serta bekerja secara berkumpulan. Mereka pandai berkongsi dan memahami pendapat serta perasaan orang lain.

Rujuk kepada hasil kajian dan penyelidikan yang diketuai oleh Dr. Howard Gardner dan kumpulan pakar dari University Harvard pada tahun 1983 telah menghasilkan satu teori mengenai kepintaran seseorang iaitu Multiple intelligence dimana mereka telah merungkaikan 8 jenis kepintaran yang berpotensi dimiliki oleh semua orang

June 9, 2009 • Tags: , , , • Posted in: Share • No Comments

Kepintaran #3

Intrepersonal
Kepintaran intrepersonal iaitu mengetahui tentang aspek-aspek dalam diri seperti perasaan, tindakbalas emosi meluas renungan diri dan kebolehan memahami realiti jiwa melalui gerak hati. Anak-anak yang kepintaran intrapersonalnya tinggi berkemungkinan bijak didalam memahami perasaan orang lain, memusatkan tumpuan serta memikirkan sesuatu dengan mendalam.

Rujuk kepada hasil kajian dan penyelidikan yang diketuai oleh Dr. Howard Gardner dan kumpulan pakar dari University Harvard pada tahun 1983 telah menghasilkan satu teori mengenai kepintaran seseorang iaitu Multiple intelligence dimana mereka telah merungkaikan 8 jenis kepintaran yang berpotensi dimiliki oleh semua orang.

June 3, 2009 • Tags: , , , • Posted in: Share • No Comments

Kepintaran #2

Logikal/ matematik
Kepintaran logical/matematik berkaitan dengan pemikran saintifik. Ia termasuk kebolehan untuk membuat kesimpulan dengan berfikir mengikut logic, angka dan mengenal corak abstrak. Anak-anak ini pandai mencari jawapan dengan berfikir secara logik, menganalisis dan menyelesaikan masalah matematik dan sains.

Rujuk kepada hasil kajian dan penyelidikan yang diketuai oleh Dr. Howard Gardner dan kumpulan pakar dari University Harvard pada tahun 1983 telah menghasilkan satu teori mengenai kepintaran seseorang iaitu Multiple intelligence dimana mereka telah merungkaikan 8 jenis kepintaran yang berpotensi dimiliki oleh semua orang.

May 27, 2009 • Tags: , , • Posted in: Share • No Comments

Kepintaran #1

Verbal linguistic.
Kepintaran verbal atau linguistic memainkan peranan utama didalam penghasilan karya seperti sajak, lawak, bercerita dan penulisan. Mereka yang mempunyai kepintaran ini mungkin cemerlang dalam pembacaan, penulisan, percakapan dan perdebatan.

Rujuk kepada hasil kajian dan penyelidikan yang diketuai oleh Dr. Howard Gardner dan kumpulan pakar dari University Harvard pada tahun 1983 telah menghasilkan satu teori mengenai kepintaran seseorang iaitu Multiple intelligence dimana mereka telah merungkaikan 8 jenis kepintaran yang berpotensi dimiliki oleh semua orang

May 25, 2009 • Tags: , , • Posted in: Share • One Comment

ada apa dengan nombor?

Tahukah anda, jika anda seorang pelajar yang sering mengggunakan muzik sebagai bunyian latarbelakang semasa study, ada baiknya anda tukarkan bunyian itu kepada bunyian yang menggunakan tempo 60 bit seminit kerana ia akan merehatkan otak anda. tempo 60 bit adalah bersamaan dengan purata kadar dengupan jantung semasa rehat.Kajian menunjukkan bahawa irama muzik dapat menurunkan denyutan dan tekanan darah. Muzik juga akan membuat gelombang otak perlahan dan otot-otot juga didalam keadaan rehat.
Ada apa dengan nombor 60 bit?

May 19, 2009 • Tags: , , , • Posted in: Share • No Comments

Bagaimana menarik minat pelajar terhadap matematik?

salam
Bagaimana hendak menarik minat pelajar terhadap subjek matematik?
Dibawah adalah beberapa tips yang dikumpul hasil daripada brainstorming dengan kengkawan.

1.Setkan minda mereka
Ya cuba setkan minded mereka dengan menyatakan bahawa antara banyak subjek didalam peperiksaan, subjek matematiklah yang paling mudah dan subjek matematiklah yang paling senang mendapat A kerana,
a. Subjek matematik tidak perlu menghafal berbagai fakta dan tarikh. Apa yang penting kita haruslah memahami langkah-langkah penyelesaiannya. Untuk menguasai langkah penyelesaian haruslah membuat latihan setiap hari.
b. Subjek matematik digunakan saban hari didalam kehidupan kita secara sedar atau tidak kita mempraktikkannya setiap hari. Jadi kita telah dididik memahami matematik sejak dahulu lagi tak percaya ingat kembali bagaimana kita membeli gula-gula dikedai. Berapa sen yang diberi dan berapa biji kta dapat memiliki gula-gula tersebut. Bukankah ini merupakan matematik.
c. Subjek matematik tidak memerlukan nota yang berjela, cukup sekadar mencatat formula dan jalan penyelesaian. Yang penting latihan, latihan dan latihan.

2.Ajarkan formula dan teknik yang kreatif
Untuk menanam minat terhadap matematik ajarlah pelajar kita formula atau teknik-teknik  penyelesaian yang kreatif. Semestinya mereka amat menyukai teknik-teknik penyelesaian menggunakan teknik yang kreatif. Labih-labih lagi apabila mereka dapat menguasai teknik tersebut pasti akan ditayangkan dihadapan teman-teman mereka. Maklumlah pakar matematik katakan. Semasa saya dibangku sekolah dahulu saya sering berlawan dengan kawan-kawan yang berkaitan dengan matematik. Semasa inilah masing-masing menunjukkan skill yang dipelajari dari ibubapa, abang atau sesiapa sahaja. Siapa yang paling pantas menyelesaikan masalah sifir. Yang pantas akan tersenyum bangga dan yang pasti selepas itu akan menjadi guru untuk mengajar teknik tersebut kepada rakan-rakan.

3. Latih mereka sejak diperingkat rendah lagi
Sebenarnya inilah langkah yang paling utama perlu dilakukan. Untuk memberi mereka minat mempelajari matematik kuatkan asas mereka kerana tanpa asas matematik yang kukuh mereka pasti akan kecundang apabila meningkat dewasa kelak. Malah akan bertambah sukar apabila mempelajari tahap yang semakin tinggi. Percayalah kukuhkan asas mereka sekukuh-kukuhnya dan hasilnya kelak pasti tidak akan mengecewakan.

4. Beri Pujian dan Ganjaran
Semua orang suka dipuji lebih-lebih lagi apabila disertakan dengan sedikit ganjaran.Ganjaran yang diberi boleh juga diangap sebagai satu motivasi. Apakah ganjaran yang sesuai diberikan? Sebenarnya terdapatp pelbagai bentuk ganjaran boleh diberikan seperti hadiah, puji-pujian dan sebagainya. Yang penting ganjaran bukan sahaja diberikan terhadap pencapaian yang diperolehi tetapi juga terhadap usaha yang diberikan.Jadi mulai hari ini cuba memberi sesuatu sebagai satu ganjaran dan pasti pemberian anda itu amat dihargai meskipun sebiji gula-gula.

Kesimpulannya berikan mereka gambaran bahawa matematik amat mudah dan amat seronok untuk mempelajarinya. Pelajar yang menyukai matematik mereka akan lebih cepat menyuasai subjek yang lain. Matematik selalunya dikaitkan dengan kepintaran seseorang. Anda pantas menyelesaikan masalah matematik pasti anda dianggap seorang yang bijak  dikalangan rakan-rakan anda. Bagaimana untuk memiliki kepantasan ini? MUDAH anda hanya perlu menguasai teknik-teknik kreatif. didalam matematik.

ps: Terbaru dari kami. Lawati SIFIR MASTER . Satu gabungan teknik-teknik kreatif langkah demi langkah untuk memudahkan pemahaman sehinggakan pelajar tahun 3 pun mampu menguasainya. Lihat testimoni dari pelajar yang telah menghadiri bengkel Matematik Kreatif. SIFIR MASTER Teknik Kira Pantas & Tepat.

May 11, 2009 • Tags: , , • Posted in: sifir. master • One Comment

ada apa dengan nombor?

Tahukah anda bahawa kajian menunjukkan sebagai manusia normal anda akan LUPA sebanyak 80% daripada apa yang telah dibaca hanya didalam masa 24 jam.Jadi untuk mengurangkan atau meminimakan atau menghalang 80% itu daripada hilang cuba buat revision sebelum tamatnya masa 24 jam anda.
Ada apa dengan number 80% dan 24 jam?

 

May 6, 2009 • Tags: , • Posted in: Share • No Comments

ada apa dengan nombor ?

Salam
Selepas ini satu segmen baru akan muncul didalam blog teman pembimbing anda ini. Ia adalah hasil tulisan salah seorang teman didalam team bijakstudy iaitu Hani ( sekarang berada di Labuan ). Segmen ada apa dengan nombor akan memaparkan info-info mengenai keindahan, keajaiban dan keagungan dari Yang Maha Esa mengenai dunia disekeliling kita yang tidak dapat lari dari menggunakan nombor untuk menghurai dan menerangkan fakta dan rahsia alam. Jadi  info-info ini diharap dapat membantu kita memahami dengan lebih mendalam mengenai perkara-perkara yang kadangkala kita memandang sebelah mata sahaja sedangkan ada sesetengah individu menganggap ia adalah satu keajaiban. Contohnya seperti 123456789 X 9 + 10 = 1111111111 atau 111111111 X 111111111 = 12345678987654321. Menarik bukan?

Kami juga suka mengwar-warkan bahawa Penulis Buku dan VCD Matematik Kreatif akan melancarkan sebuah lagi produknya yang hebat ( 2 tahun proses pembikinannya ) pada bulan Mei ini. Beliau telah menyiapkan satu lagi kaedah Teknik-Teknik Matematik Kreatif yang sungguh hebat dan amat berguna untuk semua pelajar.Jika anda ingin memastikan anak-anak anda cemerlang didalam Subjek Matematik tunggu dan dapatkanlah hasil tulisan En.Azizan Othman ini.

Siapa Azizan Othman ( Rahsia Pakar Teknik Matemaik Kreatif )? Ini sedikit info mengenai beliau.

Azizan bin Haji Othman  merupakan seorang lulusan dari Universiti Teknologi Mara didalam jurusan Kejuruteraan Elektronik Perhubungan. Pernah berkhidmat sebagai Juruteknik Kanan dibeberapa syarikat swasta. Mempunyai kemahiran didalam bidang teknologi perhubungan dan juga didalam bidang IT.
Beliau amat meminati subjek matematik dan sering mengkaji mengenainya. Atas semangat kecintaan mendalam terhadap nombor dan angka maka beliau membina dan mencipta beberapa teknik kreatif matematik khusus untuk pelajar rendah menguasai dan menyelesaikan sifir dengan pantas dan tepat.Beliau juga sering menganjurkan seminar mengenai matematik kretif dikawasan utara dan juga sering mengadakan roadshow di ekspo-ekspo usahawan.Beliau kini merupakan seorang Pengarah Urusan di Azif Consultancy yang beroperasi di Kulim, Kedah. Berwawasan tinggi mengenai perkembangan pendidikan di tanahair dan beliau amat menitikberatkan kejayaan anak bangsa. Atas kesedaran dan iltizam yang tinggi beliau telah menzahirkan teknik-teknik kreatif ini didalam Buku Matematik Kreatif serta didalam bentuk VCD agar semua pelajar dapat memahami dan menguasai teknik kreatif ini dengan mudah.
Semoga dengan kelahiran Buku dan VCD Matematik Kreatif ini dapat membantu para pelajar mencapai kejayaan yang cemerlang didalam subjek matematik seterusnya melahirkan ramai pelajar-pelajar yang bijaksana didalam pelbagai bidang.

Jadi perhatian untuk ibu dan bapa yang ingin melihat kejayaan anaknya didalam Subjek Matematik, inilah rahsia yang anda tidak boleh anda lepaskan. Tunggu hebahan seterusnya.

 

May 4, 2009 • Tags: , , , , • Posted in: info math kreatif • No Comments

Fobia dengan matematik?


Mengapa mesti fobia dengan matematik?
Tahukah anda bahawa manusia yang kreatif adalah manusia yang mudah menguasai matematik. Matematik sebenarnya merupakan satu ilmu yang berkaitan dengan minda manusia. Orang yang pintar selalunya merupakan orang yang menyukai matematik dan akal yang dicipta oleh ALLAH untuk manusia amat senonim dengan  matematik.

Para cendekiawan seperti Ibnu Khaldun, Ibnu Sina dan Isaac Newton terkenal kerana sumbangan mereka terhadap dunia  dan merupakan tokoh-tokoh yang mempunyai kepandaian dan kepakaran didalam matematik.

Mengapa pelajar begitu FOBIA dengan Subjek Matematik?
 
Sebenarnya banyak sebab mengapa pelajar begitu fobia dengan subjek matematik. Lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan angka atau nombor yang besar. Jadi disini digariskan tiga sebab mengapa sebilangan pelajar begitu fobia dan tidak meminati sunjek matematik.

1. Asas penguasaan SIFIR yang lemah.
Penguasaan asas sifir yang lemah akan mengakibatkan pelajar akan terbawa-bawa  dari satu tahun kesatu tahun berikutnya. Sifir memainkan peranan yang penting didalam matematik kerana ia merupakan asas pembelajaran yang utama selain dari campur, tolak dan bahagi. Asas penguasaan sifir bermula dari peringkat sekolah rendah sebelum mereka bersedia mempelajari peringkat  yang lebih tinggi mengikut silibus dan peringkat tahun  pembelajaran dari masa kesemasa. Bermula dari sinilah pengukuhan perlu dipertingkatkan kerana dengan menguasai sifir pelajar akan diajar peringkat demi peringkat tahap matematik mengikut tahun pelajar tersebut. Sekiranya tahap penguasaan asas sifir masih lemah ini akan menyukar pelajar tersebut menguasai silibus seterusnya. Ini akan lebih parah jika mereka terus membawa permasalahan ini sehingga ke peringkat sekolah menengah. Jadi perkara penting yang harus dititikberatkan ialah penguasaan sifir hendaklah kukuh dan dikuasai sepenuhnya oleh pelajar sebelum mereka menjejak kaki keperingkat menengah. Pengukuhan haruslah bermula dari peringkat rendah lagi.

2. Teknik Penguasaan
Teknik merupakan salah satu kaedah untuk menguasai sesuatu perkara. Sekiranya tidak mempunyai atau menguasai sesuatu teknik, sesuatu perkara itu sukar untuk menguasai sepenuhnya. Matematik kreatif dicipta berdasarkan kepada elemen-elemen teknik kreatif agar sesuatu permasalahan itu diselesaikan dengan pantas dan tepat. Faktor penyelesaian yang panjang antara penyebab menyumbang kepada kesalahan selain dari timbulnya rasa bosan terhadap subjek ini. Lebih-lebih lagi apabila jawapan yang dikira tidak tepat setelah menggunakan jalan penyelesaian yang berjela-jela. Bagi pelajar tahap rendah mereka didik untuk mendapatkan jawapan sebenar berbandng tahap menengah yang memerlukan jalan penyelesaian diterangkan sebelum menemui jawapan. Jadi peringkat rendah ini memerlukan satu teknik agar mereka mahir dan cekap menggunakan sesuatu kaedah atau teknik agar mereka dapat  menguasai sifir sehingga ke angka 99. Dengan penggunaan matematik kreatif perkara ini tidak mustahil dan teknik didalam matematik kreatif ini mudah dikuasai oleh sesiapa sahaja dengan mudah.

3.  Minat
Lumrah alam, manusia tidak akan melakukan perkara terbaik selagi mereka tidak berminat untuk melakukannya. Perkara yang dilakukan dengan penuh minat pasti akan menghasilkan yang terbaik. Begitu juga dengan subjek matematik. Pelajar yang tidak meminati subjek ini pasti akan menghasilkan keputusan yang kurang memberangsangkan. Minat perlu dipupuk dikalangan pelajar. Perasaan dan anggapan bahawa matematik itu susah perlu dihakis dari minda pelajar kita.

Mengapa pelajar tidak begitu meminati subjek matematik?

Jawapan yang dapat dirumuskan ialah kerana tidak didedahkan dengan teknik yang mudah dan kreatif semenjak diperingkat rendah lagi; Disebabkan ini minat untuk mereka mempelajarinya semakin hari semakin padam telahan pula silibus pelajaran saban tahun semakin berubah menuju ke peringkat tinggi.

March 26, 2009 • Tags: , , • Posted in: catatan • No Comments