Kamus Pintar - Sahabat Bahasa Anda

Kandungan:

Kamus pintar merupakan salah satu aplikasi dalam program Smartsoft yang menawarkan pelbagai fungsi untuk membantu anda mencari makna sesuatu perkataan dengan cepat. Fungsi yang paling popular ialah 'Auto Translate', yang membolehkan anda mendapatkan makna tanpa perlu menaip dalam kotak carian. Fungsi ini sangat memudahkan, terutama ketika anda membaca artikel di internet atau fail PDF.


Ciri-ciri:
  • Definisi dan sinonim perkataan secara pantas.
  • Akses luar talian kepada beribu-ribu entri.
  • Sokongan pelbagai kamus.
  • Membantu sebutan dalam bahasa Inggeris.
  • Carian automatik dengan fungsi Copy and Translate.
Soalan Lazim (FAQ):
  • Bagaimana untuk mendapat lain-lain kamus tambahan?
  • Kamus yang disertakan pada masa pemasangan hanya dua sahaja, anda boleh mendapat lain-lain kamus tambahan melalui pautan luar. (https://apajer.info/db.zip). Masukkan alamat ini dalam kotak 'Add Dictionary' dan tekan 'Download'.

  • Bolehkah saya menambah atau mengedit perkataan ke dalam kamus?
  • Boleh, sila gunakan kamus editor untuk mengedit atau menambah perkataan baharu ke dalam pangkalan data kamus anda.

  • Bagaimana untuk mengaktifkan fungsi 'Auto Translate'?
    1. Klik pada butang 'Option' dan pilih 'Copy and Translate'.
    2. Setelah fungsi ini diaktifkan, anda boleh menggunakannya dalam aplikasi lain, seperti pelayar Internet atau pembaca fail PDF.
    3. 'Highlight' perkataan yang ingin diterjemahkan dan klik 'Copy'.
    4. Keterangan untuk perkataan tersebut akan 'Pop-up' pada skrin.
  • Bagaimana untuk mendengar sebutan?
  • Tekan butang 'Option' dan klik pada 'Pronunciation' atau 'Ctrl+P'. Setelah itu masukkan perkataan dalam kotak carian. Apabila senarai perkataan muncul dalam kotak senarai, klik pada perkataan tersebut untuk mendengar sebutan.

  • Apa fungsi 'Font Color'?
  • Jika keterangan bagi makna sesuatu perkataan itu panjang, klik pada butang 'Font Color' untuk menjadikannya lebih mudah dibaca.

  • Apa fungsi 'Word History'?
  • Setiap kali anda mengklik perkataan dalam kotak senarai, perkataan tersebut akan disimpan dalam 'Word History'. Ini bertujuan memudahkan rujukan semula tanpa perlu menaip semula dalam kotak carian. Anda hanya perlu klik butang 'Word History' dan pilih perkataan yang tersenarai.

  • Apa beza aplikasi kamus dengan terjemahan?
  • Aplikasi kamus boleh digunakan secara 'offline', manakala aplikasi terjemahan memerlukan sambungan internet. Kamus berfungsi untuk mendapatkan makna sesuatu perkataan secara individu, sementara aplikasi terjemahan digunakan untuk menterjemah ayat atau perenggan secara keseluruhan. Selain itu, aplikasi kamus juga sesuai dijadikan rujukan bagi ejaan perkataan.

Kamus tambahan

Masukkan 'Link' dan tekan butang 'Download' untuk menambah lain-lain kamus.

Klik pada 'Copy and Translate' untuk mengaktifkan carian automatik. Fungsi ini membolehkan anda mendapat makna sesuatu perkataan tanpa perlu menaip dalam kotak carian.

'Highlight' pada perkataan dan pilih 'Copy'. Penerangan tentang perkataan tersebut akan dipaparkan di skrin komputer anda. Untuk memadamkan tetingkap penerangan, klik pada mana-mana bahagian skrin.

Klik pada butang 'Option' dan pilih 'Pronunciation'. Setelah itu klik pada mana-mana perkataan yang terdapat dalam kotak senarai. Anda juga boleh menukar jenis suara dengan memilih 'Select Voice'.