My Note - Buku Nota Digital Anda

My Note

Ringkasan Produk

Kelebihan My Note terletak pada kemudahan dan lebih praktikal, khususnya bagi mereka yang sering mencari maklumat secara dalam talian atau membaca dokumen digital seperti fail PDF. Beberapa kelebihan My Note termasuk:

  • Hyperlink Automatik: My Note secara automatik mengenali dan membina hyperlink bagi nota yang mengandungi alamat laman web, memudahkan rujukan balik ke sumber asal.
  • Akses Mudah: Nota yang disimpan dapat dengan mudah dicari dan diurus, termasuk fungsi bookmarking untuk menandai maklumat penting.
  • Produktiviti Tinggi: Memudahkan pengguna mencatat poin penting tanpa perlu beralih dari skrin utama, menjimatkan masa dan tenaga.

Aplikasi ini sangat berguna apabila membaca menggunakan komputer kerana ia meminimumkan gangguan dan membolehkan anda terus fokus pada tugas. Anda boleh mengambil nota berkaitan tanpa membuka banyak aplikasi lain (hanya salin dan tampal), yang meningkatkan kelancaran dan kecekapan kerja anda.

Soalan Lazim (FAQ):

  • Bagaimana My Note boleh membantu saya?
  • My Note adalah alat yang sangat bermanfaat untuk pelajar atau sesiapa sahaja yang kerap menggunakan komputer sebagai sumber utama mencari maklumat. Dengan My Note, anda dapat menyimpan nota dengan mudah (hanya perlu Salin dan Tampal) sambil terus membaca tanpa gangguan. Tidak perlu lagi risau tentang nota yang berselerak di pelbagai folder.

    Semua nota anda akan disimpan dalam satu lokasi yang selamat dan tersusun. Fungsi enjin carian yang tersedia memudahkan pencarian nota anda bila diperlukan. Selain itu, anda boleh menanda (bookmark) nota penting, terutama sekali apabila jumlah nota bertambah banyak, untuk akses yang lebih pantas dan teratur.

  • Bagaimana memasukkan imej ke dalam My Note?
  • Ada dua cara memasukkan imej ke dalam My Note:
    1. Salin dan Tampal.
    2. Import menggunakan 'Object' - Sila rujuk gambar di bawah

    Kaedah pertama paling mudah jika anda melayari internet, anda tidak perlu 'Download' imej, klik kanan pada imej dan pilih 'Copy Image' dan tampalkan ke dalam nota My Note. Manakala kaedah kedua, anda perlu masukkan melalui 'Object' sekiranya imej tersebut ada dalam komputer anda.



    Butang 'Object'
  • Bolehkah saya membuat kategori dalam My Note?
  • Tidak boleh, fungsi tersebut hanya terdapat pada aplikasi Outline Draft sahaja.
  • Kalau nota saya makin bertambah banyak, bagaimana saya mendapatkan nota tanpa perlu menatal (Scroll) dalam kotak senarai?
  • Anda boleh mencari nota menggunakan fungsi enjin carian. Cukup masukkan beberapa huruf, dan hasilnya akan dipaparkan dalam kotak senarai. Selain itu, anda boleh memanfaatkan fungsi 'Bookmarks', terutamanya untuk nota yang masih dalam proses. Fungsi ini membolehkan anda mengakses nota yang disimpan dalam senarai 'Bookmarks' dengan mudah.