Belajar bahasa Inggeris melalui mendengar dengan aplikasi Talk Real English menawarkan beberapa kelebihan:
- Bagaimana program Talk Real English ini boleh membantu saya?
Teknik pembelajaran yang digunakan amat mudah, iaitu mendengar dan memahami. Dalam proses pemahaman ini, anda juga akan belajar melalui pembacaan dan pengulangan. Modul Talk Real English merangkumi bahan pelajaran daripada asas sehingga ke tahap lanjutan. Bayangkan, jika anda berjaya menguasai bukan keseluruhan, tetapi separuh sahaja pun, anda sudah dapat melihat hasilnya. Anda akan mula memahami apa yang disampaikan melalui radio, rancangan TV, dan pelbagai sumber lain. Kaedah pembelajaran Talk Real English ini bersifat semula jadi, mencontohi cara anak-anak kecil belajar bercakap-hanya melalui pendengaran.
- Berapa lama saya patut luangkan masa untuk belajar?
Luangkan masa lapang anda untuk belajar. Jika boleh, gunakan earphone atau headphone bagi mengurangkan gangguan dari persekitaran luar. Ini membolehkan anda mendengar dengan lebih jelas apa yang diperdengarkan. Tempoh pembelajaran adalah fleksibel, bergantung kepada kesesuaian masa anda, namun pastikan ia dilakukan secara konsisten. Kami mencadangkan 10 hingga 15 minit setiap hari sudah memadai untuk mendapatkan hasil yang berkesan.
- Berapa peranti boleh saya gunakan dalam satu-satu masa?
Had maksimum peranti yang boleh digunakan, seperti komputer, headphone, tablet, atau lain-lain, adalah sebanyak tiga sahaja. Jika anda mempunyai empat peranti dan ingin menggunakan peranti keempat di pejabat atau di tempat kerja, anda perlu log keluar daripada salah satu peranti lain untuk membolehkan peranti keempat digunakan.
- Apa akan terjadi pada akaun saya bila maklumat login dikongsi?
Untuk makluman, hanya tiga peranti dibenarkan untuk menggunakan program Talk Real English. Jika maklumat login anda dikongsi dengan rakan-rakan, terdapat kemungkinan anda hanya dapat menggunakan satu peranti sahaja. Lebih buruk lagi, hak anda sebagai pemilik program mungkin dinafikan disebabkan oleh ramai rakan yang telah login tanpa melakukan log out.
- Mana lebih sesuai komputer atau telefon?
Program Talk Real English direka untuk digunakan pada pelbagai jenis peranti, dengan setiap peranti menawarkan kelebihannya tersendiri. Bergantung kepada kesesuaian anda, telefon pintar lebih sesuai digunakan apabila berada di luar rumah. Sebaliknya, jika anda berada di rumah, komputer memberikan beberapa kelebihan tambahan, seperti akses kepada aplikasi kamus dan terjemahan. Jika anda menghadapi kesukaran untuk memahami ayat atau frasa tertentu, anda boleh memanfaatkan alatan ini untuk membantu pembelajaran anda.
- Bolehkah program Talk Real English berfungsi tanpa internet?
Program Talk Real English tergolong dalam kategori aplikasi web, yang memerlukan talian internet untuk berfungsi. Penggunaan data adalah kecil kerana semua topik hanya menggunakan klip audio pendek. Anda boleh belajar walaupun dalam persekitaran dengan sambungan internet yang perlahan.
Program ini dibangunkan menggunakan teknologi aplikasi web supaya anda tidak perlu memuat turun keseluruhan topik yang bersaiz sekitar tiga gigabyte atau lebih. Selain itu, ia sentiasa dikemas kini dengan kandungan terkini untuk memastikan pembelajaran anda relevan dan berkesan.
- Adakah program Talk Real English sesuai untuk pelajar sekolah rendah?
Program Talk Real English direka khusus untuk pelajar pada tahap menengah dan tinggi. Ia tidak dikhususkan untuk pelajar sekolah rendah. Namun begitu, pelajar sekolah rendah juga boleh memanfaatkan program ini kerana ia turut menyediakan modul asas.
Kesemua topik dalam Talk Real English merangkumi perbualan harian asas yang digunakan secara meluas di seluruh dunia. Oleh itu, sesiapa sahaja boleh mempelajari program ini untuk meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris mereka.
- Apakah cara efektif belajar Talk Real English?
Cara paling efektif untuk belajar Talk Real English adalah dengan konsistensi dan pengulangan sehingga anda benar-benar memahami setiap perkataan atau frasa yang disampaikan. Oleh kerana itu, setiap klip audio dalam Talk Real English direka pendek untuk memudahkan anda mendengar secara berulang-ulang sehingga anda betul-betul faham maksud yang ingin disampaikan.