|
1. Dokumen
Pertama sekali, sebelum memulakan sebarang tugasan dalam Outline Draft, anda perlu mencipta dokumen baharu atau membuka dokumen yang sudah sedia ada. Jika perlu, anda juga boleh memadam (delete) dokumen tersebut.
2. Outline
Pada ruangan ini anda boleh merangka struktur outline dengan menambah (Add), edit (Edit), menyelit (Insert) dan memadam (Delete) node. Node ialah item-item yang terdapat dalam struktur outline.
3. Document Manager
Selain merancang tugasan penulisan, Outline Draft juga berfungsi sebagai pengurus dokumen. Anda boleh memasukkan dokumen seperti Word, Excel, PowerPoint, dan PDF ke dalam pangkalan data Outline Draft. Setiap dokumen yang dimasukkan boleh diberikan sinopsis ringkas berkaitan dokumen tersebut, dan sinopsis ini boleh disediakan dalam Draft Editor.
4. Draft
Dalam ruang Draft Editor, anda boleh memasukkan bahan penulisan untuk setiap node yang anda bina. 'Node Root' atau 'Node Parent' boleh digunakan sebagai kategori atau folder untuk mengelompokkan node-node yang lain.
5. Merge - Menggabung kandungan draft dalam satu fail
Setiap draf yang dihasilkan boleh digabungkan menjadi satu dokumen. Dokumen tersebut boleh disunting semula menggunakan aplikasi seperti Microsoft Word atau lain-lain. Format fail yang dihasilkan adalah RTF, iaitu format yang boleh dibaca oleh semua aplikasi penulisan.
6. Suntingan Luar
Draft Editor mempunyai fungsi yang terhad. Ada kalanya, anda memerlukan format yang lebih menarik dan kelihatan profesional. Dalam situasi ini, anda boleh mengedit kandungan draf tersebut menggunakan program seperti Microsoft Word. Namun, terdapat beberapa format yang mungkin tidak serasi dengan fail RTF.
|