Pada program JawiApp terdapat dua tetingkap iaitu Rumi dan Jawi. Untuk menukar Rumi kepada jawi anda hendaklah memasukkan perkataan dalam tetingkap Rumi dan tekan butang 'Convert'. Ejaan jawi akan diterjemahkan pada tetingkap Jawi.
Jika ada perkataan yang tidak di terjemah dalam huruf jawi bermakna ia tiada dalam pangkalan data. Anda boleh membina sendiri ejaan jawi bagi perkataan tersebut dengan menekan butang 'Add Word'. Tekan butang 'Save' untuk menyimpan hasil terjemahan.
Add Word
Pada tetingkap 'Add Word' anda boleh membina sendiri ejaan jawi yang tiada dalam pangkalan data. Kaedahnya adalah seperti berikut:
1. Pada kotak 'Rumi', masukkan perkataan Rumi.
2. Pada kotak 'Jawi', masukkan perkataan jawi. Untuk memasukkan perkataan jawi tekan butang 'Keyboard'.
3. Pada tetingkap 'Keyboard', anda boleh membina tulisan jawi dan tekan butang 'Send'.
4. Pada tetingkap 'Add Word' tekan butang 'Add'.
5. Setelah itu tutup tetingkap 'Add Word' dan tekan semula butang 'Convert' pada tetingkap 'Rumi' untuk mendapatkan terjemahan baharu.
Note: Ejaan jawi adalah berdasarkan daftar kata yang di keluarkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka