TUTORIAL SMARTSOFT

SMARTSOFT amat berguna kepada pelajar IPT dan juga individu yang belajar sendiri. Kita sedia maklum bahawa bahasa Inggeris merupakan bahasa ilmu dunia. Tanpa bantuan kamus, bukan senang untuk kita memahaminya terutama dalam bahan bacaan ilmiah. Kini, kebanyakan sumber rujukan telah beralih kepada format digital. Penggunaan internet juga semakin meluas dalam setiap aspek kehidupan sehingga mewujudkan fenomena dalam era globalisasi hanya di hujung jari.

Terdapat 7 aplikasi dalam SMARTSOFT:


1: DICTIONARY


2: TRANSLATOR


3: SPELLING CHECKER


4: TALK REAL ENGLISH


Program Talk Real English menjadi sebahagian daripada ahli keluarga SMARTSOFT pada tahun 2022. Ia direka khusus untuk membantu mereka yang tidak ada masa untuk belajar tetapi ingin meningkatkan kemahiran dalam bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris yang digunakan dalam program ini ialah English (US). English (US) merupakan salah satu loghat yang paling popular di dunia pada hari ini.

Program ini boleh digunakan pada semua platform sama ada di komputer, smartphone, tablet dan lain-lain. Hanya 10-15 minit diperlukan pada setiap hari untuk mendengar perbualan oleh 'native speaker'. Dengan cara mendengar secara berulang-ulang sehingga faham setiap makna perkataan yang dituturkan, secara tidak langsung akan dapat meningkatkan kemahiran mendengar dan bertutur secara automatik.

Terdapat tiga peringkat di dalam program ini iaitu peringkat asas, pertengahan dan tinggi. Anda boleh memilih mana-mana peringkat mengikut kesesuaian anda. Disiplinkan diri anda untuk belajar sekurang-kurangnya 10-15 minit setiap hari bagi menjamin keberkesanan program ini.


5: MY NOTE


Program My Note dimasukkan ke dalam SMARTSOFT pada tahun 2023. Ia direka untuk memudahkan anda menyimpan ringkasan nota yang anda 'Copy' dari laman web atau ebook. Jika maklumat yang anda 'Copy' mempunyai 'Link', ia akan membina 'Link' tersebut dengan garisan biru. Apabila anda klik pada 'Link' itu, secara automatik My Note akan membuka pelayar internet dan terus ke laman web tersebut.


6: TEXT TO SPEECH (TTS)


Program TTS merupakan program bonus bagi pengguna SMARTSOFT. Ia berfungsi untuk membaca teks dalam bahasa Inggeris. Tujuan utama program ini ialah untuk meningkatkan kemahiran mendengar di kalangan pelajar. 'Copy' apa jua teks sama ada diambil melalui Internet atau ebook dan klik butang 'Play' untuk mendengar komputer membacakan teks tersebut untuk anda.


7: JAWI CONVERTER


Program Jawi Converter (Jawi App) membolehkan anda menukar ejaan Rumi kepada ejaan Melayu Jawi. Program ini amat mudah digunakan dengan hanya menaip teks dalam ruang yang disediakan dan tekan butang 'Convert'. Jika ada perkataan yang tidak dapat ditukarkan kepada huruf Jawi, ia mungkin disebabkan oleh:
a. Tersalah taip ejaan.
b. Perkataan tersebut tiada dalam pangkalan data.