TRANSLATOR

Translator membolehkan anda mendapat terjemahan dalam pelbagai bahasa. Kini terdapat 106 bahasa utama di dunia yang boleh diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, dan begitu juga sebaliknya. Translator juga menyediakan terjemahan bersuara dari pelbagai bahasa di mana ia membolehkan anda belajar bahasa asing dengan lebih mudah. Anda hanya perlu taip dalam bahasa pilihan dan pilih bahasa asing untuk diterjemahkan. Butang suara akan muncul sebaik sahaja 'voice' telah berjaya ditukar ke dalam format audio dan dimuat turun dalam komputer anda.

FUNGSI DAN CARA GUNA:


Klik butang 'TRANSLATOR' pada tetingkap utama SMARTSOFT untuk membuka program tersebut.

Terdapat tiga kaedah terjemahan iaitu :

1. Terjemahan melalui kotak terjemah.
2. Terjemahan pantas melalui fungsi 'Copy and Translate'.

3. Terjemahan bersuara (Voice Edition).

Bagi terjemahan 'Copy and Translate', anda akan mendapat terjemahan sebaik sahaja anda 'Copy' ayat atau perenggan. Fungsi ini cukup efektif digunakan ketika anda membaca PDF (ebook) atau kandungan Internet. Untuk mengaktifkan fungsi ini, sila 'Tick' pada kotak 'Copy and Translate'.

Terjemahan bersuara membolehkan anda mendengar sebutan pada hasil terjemahan. Cukup efektif untuk mereka yang ingin mempelajari bahasa asing. Klik butang 'Voice Edition' untuk membuka program ini.

Nota
Translator memerlukan talian Internet untuk berfungsi sepenuhnya. Penggunaan data adalah kecil kerana hanya teks sahaja yang akan diakses dari komputer pelayan.

Kami cadangkan anda menggunakan pelayar Microsoft Edge untuk membuka fail PDF. Ini kerana terdapat beberapa fungsi yang menarik untuk digunakan iaitu :

  1. 'Highlighter'
  2. Butang 'Copy' secara automatik akan 'Pop up' sebaik sahaja anda 'Highlight' pada perkataan, ayat atau perengan yang diingini.
  3. 'Comment' pada mana-mana bahagian dokumen.
  4. Program 'Translator' yang direka untuk lebih 'user friendly' dengan pelayar Edge.